TAK BISA MEMILIH                                                                                                                                                          Klik SINI Untuk Kembali Ke Blog
Penulis :
Azziey

Pengenalan : Novel yang dihasilkan ini sekadar untuk mengisi masa lapang yang ada. Segala cerita yang dipaparkan diciluk dari pengalaman dan ditambah dengan imaginasi penulis. Novel ini akan diupload dari masa ke semasa mengikut perkembangan dari penulis........

____________________________________________________________________________________________


BAB 1

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, ia akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

 

“Syafikahhhh…………”

 

“Ye ma….” Aku menyahut dari tingkat atas dan bingkas mengesat titisan air mataku yang mengalir sebentar tadi. Aku berlari mendapatkan mama. “Ermmmm…ada apa mama?“ 

 

"Ika buat apa dekat atas tu? ” soal mama lembut.

 

“Tak de apa-apa, ma. Cuma kemas barang-barang dalam bilik.” Ah, betul ke jawapan yang kuberikan pada mama. Aku dipagut rasa bersalah. “Ada apa-apa ke yang boleh Ika bantu?” 

 

Mama tersenyum. “Ni hah, mama nak mintak Ika tolong mama angkat barang-barang ni.” Tanpa menunggu lebih lama, aku terus membantu mama. Dari satu barang ke satu barang kami susun hinggakan aku sendiri telah terlupa apa yang bersarang di fikiranku sebentar tadi. Kerancakkan perbualan dengan mama menghilangkan segala rasa gusar di hati ini.

 

Aku merupakan seorang mahasiswa sarjana Pendidikan Multimedia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Anak tunggal kepada pasangan Zulailah dan Rahimi ini agak manja lantaran dibelai dengan kasih sayang yang melimpah ruah dari kedua orang tua sejak dari kecil. Ah, akulah anak itu. Aku ditatang bagaikan minyak yang penuh. Setitik pun tidak pernah dibiarkan tumpah ke tanah. Aku bersyukur menjadi anak kepada mama dan papaku.

 

“Bila Ika cadang nak balik UPSI?” soal mama sambil meneguk air teh yang dibancuh oleh aku sebentar tadi. Sepengetahuan mama, cuti penggalku hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

 

Mendengar nama UPSI, jantungku bagaikan berdegup kencang. Entah kenapa nama itu cukup memberikan kesan yang mendalam terhadap diriku. Walhal, nama itu sekadar sebuah nama institut pengajian. Tempat orang menuntut ilmu dan bukannya tempat ‘berhantu’. Kalau perangai sesetengah pelajarnya macam hantu, itu aku cukup yakin. Lama aku terdiam sebelum menjawab soalan mama. “Ermmmm....mungkin hujung minggu ni kot.”

 

            “Tiket Ika dah beli?”

 

            Aku menepuk dahi. “Alamak.....Belum lagi lah, ma. Ika terlupa sangat sangat.”

 

            “Ika....Ika....apalah yang Ika fikirkan sampai lupa?” Aku hanya mampu tersenyum simpul. Sedar dengan kealpaaku sendiri. “Esok pagi Ika pergi cari, ye ma.” Lantas aku melentuk manja di bahu mama dan memeluknya erat. Mama tersenyum sambil mengusap rambutku dengan penuh kelembutan. Akulah satu-satunya permata hatinya yang dijaga rapi, dibelai dan dimanjai setiap hari.

 

 

BAB 2

 

Aku melangkah longlai menuju ke terminal bas. Cuti penggalku telah tamat dan aku perlu menyambung kembali pengajianku di UPSI. Namun, aku bagaikan tenggelam dalam dunia sendiri. Mama dan papa sudah pun berlalu meninggalkan aku seorang diri di situ lantaran kedua-duanya perlu bergegas ke pejabat masing-masing.

 

            Sepanjang perjalanan di dalam bas, aku lebih banyak termenung hinggakan anak muda yang cuba berbual-bual di sebelah tidak kuhiraukan. Berkali-kali anak muda itu cuba menarik perhatianku, namun hanya jasadku di situ sedangkan hati ini entah ke mana melayang. Pelbagai persoalan menerjah ke dalam  ruang fikiranku. Kenapa? Bagaimana? Salah siapa?

 

            Telefon bimbit yang menjerit perlahan, mematikan lamunanku. Segera kucapai.

 

            1 message received. Tanganku menekan punat READ. A’kum. Hi Ika. Pe khbr? Sender : Hafsyam +60197778888. Bibirku terukir sebuah senyuman. Lelaki ini kerap muncul di saat-saat aku memerlukan ketenangan, biarpun seketika. Aku senang dengan kewujudan Zarif Hafsyam dalam hidupku. Sepertimana diriku, lelaki itu juga banyak menyimpan rahsia yang tidak pernah diungkapkan kepadaku.

 

            Tanganku ligat membalas, dari 1 sms ke 1 sms. Kadang-kadang aku tersenyum dan tertawa kecil seorang diri takkala membaca mesej-mesej yang dibalas olehnya.

 

Boleh Syam jumpa Ika? Tanganku terhenti seketika apabila membaca mesej tersebut. Jumpa? Aku diasak rasa serba salah. Aku masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Zarif Hafsyam. Apatah lagi dalam situasi yang kualami sekarang.

 

            Lama jari-jemariku bermain di keypad handphone,  memikirkan ayat-ayat yang patut disusun. Belum pun sempat kukarang ayat yang sepatutnya, aku dikejutkan dengan nada dering “Berhenti Berharap”. Jantungku seakan terhenti seketika takkala melihat nama yang tertera. Hatiku mula berbelah bahagi untuk menjawab panggilan tersebut. Tanganku mula menggeletar.

 

            “Assalamualaikum, Ika.” Kedengaran suara yang agak garau dari speaker telefon.

            “Walaikumussalam.” Jawabku sepatah.

            “Ika dekat mana sekarang?”

            “Ermmmmm......Ika dekat.......dekat kampung lagi.” Lelaki yang duduk di sebelahku menjeling seketika. Seperti merasakan ada sesuatu yang tidak kena padaku.

            “Bila Ika nak balik? Esok kan ada kuliah?”

            “Fik, Ika belum bersedia nak balik sana. Ika harap Fik boleh faham.” Tuturku penuh lembut dan tersusun.

 

            “Ika. Janganlah buat macam ni. Fik rasa terbeban dan bersalah sangat pada Ika.” Rintih Taufik.

 

            “Fik tak salah dan tak pernah buat salah pada Ika. Apa yang terjadi antara kita, dah memang ketentuanNya. Ika boleh terima hakikat tu. Cuma Ika........” Ayatku mati di situ.

 

            “Cuma apa Ika?” Taufik ternanti-nanti ayat penghabisanku.

 

            “Buat masa ni, Ika tak mampu nak berdepan dengan Fik. Ika tak boleh. Ika tak kuat, Fik.” Bergetar suaraku menahan sebak. Sedaya upaya kutahan air mata ini supaya tidak tumpah. Aku sudah puas menangis. Sudah puas meratapi dugaan yang melanda diri. Cukuplah sekadar itu.

 

            “Ikaa........” Taufik dapat mengesan pilu yang kian bertapak di hatiku.

 

            “Fik, lain kali kita sambung. Maafkan Ika. Ika takkan minta apa-apa lagi dari Fik. Cuma berikan masa pada Ika. Assalamualaikum....” Tanpa menunggu respon dari Taufik, aku terus mematikan talian. Bagiku, tiada apa lagi yang kuharapkan pada Taufik. Hanya masa. Masa untuk membuatkan aku bersedia menghadapi apa jua dugaan di depan mataku ini.

 

            Aku membalas senyuman anak muda tadi yang berpaling menghadap mukaku sejurus aku mematikan talian. Senyuman yang aku lemparkan sekadar untuk berbahasa. Tiada rasa dalam senyumanku. Manisnya telah hilang di sebalik kesuraman hatiku. Seketika.......Alamakkk!!.....mesej Hafsyam. Aku tak balas lagi. Sepantas kilat kucapai semula telefon bimbitku.

 

I message received. Senyap je. Ika tak sudi jumpa Syam ke?

Sender : Hafsyam +60197778888.

 

Perlahan-lahan kususun ayat lantas menekan punat SEND. Akhirnya, aku menarik nafas lega sebaik saja membaca mesej balasan dari Zarif Hafsyam. Terima kasih, Hafsyam. Terima kasih kerana memahami diriku.

 

 

 

BAB 3

 

“Hari ini, saya nak seorang demi seorang membentangkan hasil kerja yang telah saya berikan beberapa bulan yang lepas. Sepertimana yang kamu semua tahu, saya telah pun memberikan senarai-senarai pembentang sejak dari awal kelas lagi. Jadi tanpa melengahkan masa, kita mulakan dengan Cikgu Rizal. Silakan cikgu.” Kelantangan suara Cik Nadia bagaikan bergaung di dalam makmal komputer 4, tempat berlansungnya kuliah pada hari itu. Pensyarah itu cukup berdedikasi. Ramai pelajar yang gerun bila berhadapan dengannya.

 

            Cikgu Rizal tampil ke hadapan dengan penuh keyakinan. Namun, hatiku pula sudah mula terasa kecut lantaran inilah pengalaman pertamaku membuat satu kaji selidik dalam bidang pendidikan. Bila saja Cikgu Rizal menamatkan pembentangannya, ini bermakna giliranku pula yang akan tiba. Aku mula menghitung minit, saat dan detik.

 

            “Kajian yang saya buat ini adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat di kalangan guru-guru yang saya jalankan di sekolah saya sendiri. Hasil dari kajian, saya dapati tahap penggunaan IT di kalangan guru masih di peringkat yang agak kurang memuaskan. Sepertimana yang rakan-rakan boleh dilihat dalam dapatan kajian ini........” Aku kagum dengan kelancaran dan kepetahan Cikgu Rizal mengeluarkan hujah-hujahnya.

 

Rakan-rakan seperjuanganku kebanyakkannya terdiri dari pada guru-guru berpengalaman yang melanjutkan pelajaran mereka pada peringkat sarjana. Hanya ada kira-kira 4 orang yang masih muda belia, manakala yang lain sudah layak dipanggil cikgu-cikgu veteran.

           

            Apabila tiba pada giliranku, aku bagaikan tergamam, kelu tidak mampu berkata apa-apa apabila Cik Nadia memberikan teguran yang amat sinis dan tajam di pertengahan pembentanganku. Nyata apa yang dipersembahkan tidak seperti mana kehendaknya. Aku diasak dengan pelbagai soalan yang sukar untuk dijawab. Hampir bergenang air mataku di situ. Namun, kutabahkan hati dan masih mampu tersenyum bagi melindungi rasa sebenar. Selesai tugasku itu, aku meluru ke bilik air tanpa menunggu walau seminit.

 

            Tanpa kusedari, ada sepasang mata yang mengekori gerak langkahku sebaik saja aku melangkah keluar dari makmal komputer. “Ikaaaa..............”

 

            Aku berpaling seketika. Kenal benar dengan alunan suara itu. Hanya senyuman hambar mampu kuukirkan sebelum berlalu  begitu sahaja, meninggalkan pemuda itu dengan tanda tanya. Kejamkah aku berpura-pura tidak nampak atau dia sebenarnya yang kejam? Kurenung wajahku sedalamnya di dalam cermin. Pili air kubuka perlahan. Alirannya menenangkan jiwaku buat seketika.  Terasa aman dan damai. Kuraup air itu. Kesegaran yang menyelinap ke seluruh muka membuatkan aku tersedar. Aku pernah berazam dalam hidup, biarlah pelbagai halangan dan rintangan yang datang, aku tidak akan mengalah. Jauh sekali untuk menjadikan diri seorang yang lemah. Akhirnya aku tersenyum sendiri.

 

            Ika......sampai hati buat-buat tak nampak Fik. 1 mesej diterima sebaik saja aku pulang dari kuliah. Aku tidak mengendahkan mesej itu. Kubiarkan begitu saja tanpa memberikan hujah yang boleh menyedapkan isi hati pengirimnya. Sehinggalah telefon itu berdering, menjerit,  meminta supaya diangkat.

 

            “Ada apa, Fik?” soalku lembut.

 

            “Ika tak jawab pun soalan Fik. Kenapa?”

 

            “Minta maaf. Ika baru lepas solat Asar tadi.” Sungguh. Aku tidak berbohong untuk menyedapkan hatinya. Memang benar, aku berkejar untuk menunaikan kewajipan yang satu itu sebaik saja pulang ke rumah sewa. Aku terdengar Taufik menarik nafas lega. Agaknya dia menyangka aku sudah tidak mahu mempunyai apa-apa komitmen dengannya setelah apa yang berlaku. Suasana sepi membisu. Masing-masing tenggelam dalam lamunan sendiri buat seketika.

 

            “Fik, macam nilah...Ika minta maaf kalau apa yang Ika buat tadi Fik ambil hati. Pada Ika, tak perlulah kita nak panjang-panjangkan kisah. Ika terima keputusan Fik dan sesekali takkan mempertikaikan apa yang Fik dah putuskan. Ika tahu, Ika terlambat........Fik, Ika doakan Fik bahagia dengan dia. Jaga dia baik-baik ye.” Aku memecahkan suasana yang sepi dengan mukadimah yang telah kukarang sejak dari tadi.

 

            “Ikaa, Kalaulah dari dulu Ika bagitau Fik, mungkin sekarang kita dah..........” Belum sempat Taufik menamatkan ayatnya, aku sudah menyampuk.

 

“Fik....Cukuplah. Ika tak salahkan Fik. Ika terima seadanya. Jangan ingat disebabkan ini Ika nak putus kawan dengan Fik. Fik tetap kawan Ika sampai bila-bila. Percayalah. Ika sayangkan hubungan kita.”

 

“Terima kasih, Ika.” Setitik mutiara jernih jatuh berderai di pipiku. Sedang dalam hatiku pula, ‘hujan’ turun selebat-lebatnya.

 

Apabila aku mengimbas kembali perkenalanku dengan Taufik, ianya begitu unik, yang membuatkan aku menyayangi hubungan ini. Kami dipertemukan 3 tahun yang lalu melalui dunia siber. Bermula dari bertukar-tukar nombor telefon, berhubung melalui khidmat pesanan ringkas (sms) dan terkadang bersembang di ruangan maya (Yahoo Messenger). Dua tahun berhubung tanpa bersua, namun keakraban kami bagaikan sahabat sejati. Saban hari kami bertukar-tukar cerita. Hanya setelah dua tahun, barulah kami dipertemukan secara tidak terduga di UPSI. Namun kasih yang diharapkan bertaut, terlerai lantaran wujudnya kasih orang ketiga. Aku beralah kerana sedar aku terlewat dalam memberi kata putus. Aku Tuhan sengaja menemukan aku dengan orang yang salah supaya apabila aku bertemu dengan orang yang betul aku tahu menghargai kewujudannya.

 

 

BAB 3

 

Hujan mula turun renyai-renyai membasahi bumi ciptaan Ilahi.  Titisannya jatuh bagaikan mutiara jernih. Kata orang, hujan itu rahmat dari Allah. Memang rahmat bagi diriku. Aku tertidur dalam lena yang amat panjang setelah penat bertungkus lumus meyiapkan assigment semalaman. Berselubungkan toto yang tebal, berbaring di atas tilam yang empuk, siapa pun pasti liat untuk bangun dalam cuaca pagi yang sebegitu dingin.

 

            Seketika kemudian.......krinnnnngggggg!!!!! Aku bingkas bangun.  Terpisat-pisat aku mencari- cari dari arah mana bunyi itu datang. Lantas kumatikan sumber bunyi itu.

 

            “Kak Norrr..........Bangun lah. Kunci jam bagai nak rak.” Aku mengoncangkan bahu Norita yang masih lena dibuai mimpi. Norita adalah rakan serumahku dan sekuliahku. Aku lebih selesa memanggilnya dengan panggilan Kak Nor. Sesekali dia memusingkan badannya seperti enggan bangun dari tilam empuknya itu.

 

            “Kak Norrrr.........Bangunlahhh. Dah pukul 9 ni.” Semakin rancak kugoncangkan bahu dan badan Kak Nor.  Kak Nor bangun terpisat-pisat. Menggeliat seketika. “Ermmmmm, pukul brapa dah ni? Gelap semacam ja.”

 

            “Dah brapa kali check dok bagitau. Pukul 9. Hujan kat luaq sana. Tu pasai gelap semacam.”

 

            “Oh, ya ka?” Kak Nor terkuap-kuap sebelum dia menggeliat kiri dan kanan. Buruk benar tingkah Kak Nor  kulihat di kala itu. Mulutnya dinganga seluas hati. Aku sendiri hampir tergelak melihat gelagatnya.

 

“Hahh? Pukui sembilannnnn......................Aku dah lambat ni” Kak Nor menjerit kecil dan tiba-tiba dia bingkas bangun dari katil.

 

            “Nak pi mana tu Kak Nor?” soalku kehairanan. Dia bagaikan tergesa-gesa. Seperti ada temujanji yang perlu ditunaikan.

 

            “Pi kelas lah. Mana lagi. Hang tak bersiap lagi ka?” Dengan pantas Kak Nor mencapai towel yang tersidai di tepi katilnya.

 

            “Kelas apa Kak Nor aih. Hari ri kan hari Selasa. Kelas kita hari Jumaat dan Sabtu ja. Chek dah lupa?” Langkah Kak Nor mati di situ. Dia mengerut-ngerutkan kening.

 

“Masyallah.....camna aku leh lupa ni?” Kak Nor menepuk dahinya berulang kali. Hatiku bagaikan digeletek. Aku tidak mampu lagi menahan. Lantas berderai tawaku di situ.

 

            “Amboi hang, kalau bab gelak orang, hanglah heroin nomboq satu.” Kak Nor sudah bercekak pinggang. Tidak sedikit pun kutunjukkan rasa takutku padanya. Aku masak sangat dengan perangai Kak Nor dan aku tidak pernah silap menduga, bila akhirnya Kak Nor turut tertawa bersama-sama.

 

            “Hang dengaq tak?” soal Kak Nor tiba-tiba.

“Tak de pun. Bunyi apa, Kak Nor?”

 

Handphone sapa?” Kami cuba mengamati bunyi yang kedengaran sayup-sayup dan tercari-cari handphone masing-masing. Aku tersengih sendiri takkala kualihkan bantal tidurku ke tepi. Kuunjukkan telefon itu kepada Kak Nor sebagai tanda akulah orang yang dicari.

 

Execuse me.......” Aku tersenyum sebelum berlalu meninggalkan bilik. Aku tidak mahu Kak Nor mendengar isi perbualanku sebentar nanti. Pasti akan timbul gosip-gosip panas di dalam kelas kelak.

 

“Ermmmmm.....tak lah sibuk mana? Kenapa Syam?” Ruang tamu menjadi port untuk aku berbual-bual dengan Hafsyam.

 

“Syam ada kat KL sekarang.” Hafsyam masih teragak-agak untuk menyatakan tujuan asalnya sedangkan aku pula sudah dapat membaca apa yang tersirat dalam pemikirannya.

 

So, apa masalahnya?” aku sendiri hampir tertawa dengan soalan yang diajukan padanya.

 

“Kita jumpa?” Straight to the point. That’s what I want to hear. Aku tersenyum. Akhirnya dia berterus terang. Aku sedar sudah acapkali aku menolak pelawaannya. Mungkin disebabkan itu, dia teragak-agak untuk mengajukan soalan itu padaku. Bimbang kalau ditolak buat sekian kalinya.

 

Syam, don’t you think that this is too early for us to meet each other?”

 

“Ika, kita kenal bukan sehari dua. Dah dekat 3 bulan. Isn’t it is enough for you to know me a little bit? Kenapa? Ika takut kalau Syam apa-apakan Ika?”

 

Hafsyam tidak pernah putus asa dalam memujuk aku untuk berjumpa dengannya. Itulah satu sikap dalam dirinya yang aku puji. Hafsyam juga tidak pernah jemu menghubungiku hampir saban hari dan waktu. Walaupun hakikatnya kami berjauhan, kadang-kadang dapat kurasakan dirinya semakin dekat padaku. Ah, janggal sungguh perasaan ini. “Bukan itu sebabnya. Bagi Ika masa, k? Kalau Ika dah bersedia, Ika akan bagitau Syam. Boleh?”Aku terdengar keluhan kecil Hafsyam. Aku tahu dia kecewa buat sekian kalinya.

 

“Susahnya Syam nak jumpa tuan puteri yang sorang ni.”

 

“Kalau susah, buat apa Syam masih nak ajak Ika keluar? Kan ramai lagi perempuan-perempuan kat luar sana yang mungkin lebih senang diajak keluar. Tak macam Ika ni. Macam-macam alasan Ika bagi.”

 

“Pada Syam, yang susah tu lah lagi Syam nak kejar. Sebab Syam tahu yang tu lagi berharga. Prinsip Syam, kalau Syam nakkan sesuatu Syam akan usahakan sampai Syam dapat. Biarlah susah macamana pun.” Kata spontan dari Hafsyam membuatkan aku sendiri terdiam. Niat asalku sekadar mahu menguji akhirnya membuat aku sendiri kelu untuk berkata-kata.

 

            “Ikaaa......Ikaaaa....” Hafsyam melaung namaku berulang kali. Mungkin memikirkan bahawa talian telah terputus.

 

            “Ika masih dalam talian lah. Tak yahlah jerit-jerit panggil nama Ika. Nanti satu blok dengar.” Aku dan Hafsyam tertawa bersama.

 

            “Apa pulak urusan Syam kat KL kali ni?” Aku cuba untuk mengalih topik asal. Tidak mahu lagi ditanya tentang detik pertemuan kami.

 

“Jumpa client Celcom kat Damansara. Nak ikut?” Aku sudah begitu sinonim dengan jawapannya. Perkataan ‘nak ikut’ sentiasa meniti di bibirnya meskipun dia sudah maklum jawapan yang akan kuberikan.

 

            “Ok, Ika maklum dengan niat asal Syam ke KL. But for the second paragraph, u know me right? U never give up lah, Hafsyam.” Kusangkakan persoalan yang kuajukan akan melarikan kami dari menyentuh isu itu. Tapi aku sendiri terperangkap sekai lagi.

 

Hafsyam tertawa kecil. “As I said before. No matter what, I’ll get what I want.” Sekali lagi aku terkedu.

 

 

BAB 4

 

“Jauhnya termenung?” Lamunanku terhenti dengan sapaannya. Aku tersenyum memandangnya.

 

            “Apa lagi yang Ika fikirkan? Kan Syam dah ada depan mata ni.” Hafsyam masih sempat membalas senyumanku sebelum matanya ditumpukan pada jalan yang sedang  kami susuri.

 

Aku hampir tertawa dengan usikannya.  Syam, I’m not thinking about u, k. Jangan perasan boleh tak? Dari Ika fikirkan pasal Syam, lebih baik Ika fikirkan perkara-perkara yang lebih berfaedah.” Aku berbohong. Memang aku sedang memikirkan dirinya. Apa yang berlaku pada hari ini, semuanya bagaikan mimpi. Baru sebentar tadi kami berbual-bual di telefon dan sekarang dia di depan mataku. Ah, aku sendiri tidak sedar bagaimana aku boleh kalah dengan permintaannya. No matter what, I’ll get what I want. Perkataan itu bagaikan sudah sebati dan serasi dengan diri Zarif Hafsyam yang kukenali.

 

            “So, kalau Ika tak fikirkan pasal Syam, Ika fikir apa?” Duga Hafsyam.

 

            “Ika tengah fikir, ke manalah Syam nak bawak Ika ni” jawapan spontanku membuatkan Hafsyam tertawa kecil.

 

“Syam pun tak tahu nak bawak Ika pergi mana. Syam bawak balik Melaka boleh?” Aku tersenyum sinis. Macamlah berani sangat nak bawak lari anak dara orang.

 

“Syam ingat Ika ni apa? Suka-suka hati je nak bawa lari. Ika ada mak dan ayah,tau.”

 

“Siapa kata Syam nak bawa Ika lari.Cuma....Syam cuma.......” Ayat Hafsyam mati di situ.

 

“Cuma apa?” Aku tertanya-tanya dalam debaran. Hafsyam tersenyum lebar. “Syam nak bawa Ika pergi makan-makan lah. Ke mana lagi.” Hafsyam tertawa. Berjaya juga dia membuatkan aku gelisah seketika.

 

Hampir saja satu cubitan kuhadiahkan di bahu Hafsyam. Tapi niat itu segera kubatalkan bila mana Hafsyam merenung tajam ke dalam anak mataku. Aku terus tertunduk malu.

 

            “Syam...Tengok tu.” Jari telunjuk ku segera menunding ke arah satu tempat.”

           

            “Segera Hafsyam mengalihkan pandangannya.” Aku menarik nafas lega.

 

            “Apa dia, Ika? Syam tak nampak apa-apa yang menarik pun.” Terkebil-kebil Hafsyam mencari objek di luar sana. Aku hampir tertawa. Memang tiada apa yang menarik. Aku sekadar ingin mengalihkan pandangannya yang bagaikan tidak mahu dijauhkan daripadaku.

 

            “Ika nampak piring terbang tadi.” Aku tersenyum lebar.

 

            “Piring terbang??” Kini giliran Hafsyam pula yang tertawa. Dia tahu aku sekadar berlindung di sebalik jawapan ku tadi.

 

Perjalanan kami diteruskan menuju ke satu tempat yang aku sendiri tidak pasti. Sudah berkali ku tanyakan kepada Hafsyam. Tapi, macam-macam jawapan yang diberikan. Akhirnya aku lebih rela mendiamkan diri dari mendengar jawapannya yang aku rasa tidak masuk akal langsung.

 

            Aku terdiam seketika bila Hafsyam meletakkan keretanya di depan pintu masuk Hotel Crown Princess. Ini ke gerai yang dimaksudkan? Memang sah Hafsyam dah kenakan aku.

 

BAB 5

Syam, how dare you?” Kali ini aku tidak teragak-agak untuk menghadiahkan satu cubitan halus di bahu Hafsyam.

 

“Apsal ni? Tiba-tiba je ketam mengetip atas darat?” Hafsyam tersenyum menyeringai menahan sakit.

 

Don’t ask. You know for what.” Kali ni giliran aku pula tertawa kecil. Rasakan akibat menipu Sang Puteri Rupawan di malam hari yang kurasakan agak kelam dengan cahaya rembulan yang agak suram.

 

Hafsyam menggosok-gosok bahunya yang terkena cubitan aku tadi. “Ni mau 3 hari baru hilang kesan tau.” Ujarnya lagi sambil membukakan pintu kereta untukku. Aku sekadar membisukan diri. Biar dia rasa akibat mempermainkan aku. Makan dekat gerai konon. Dah memang sahih aku kena kapur dengan lelaki ini. Geram rasa hati. Kalau ikutkan hati, mau saja aku ajak Hafsyam patah balik.

 

“Nak makan apa, Ika?” Aju Hafsyam setelah kami duduk di meja yang telah ditempah khas oleh Hafsyam. Aku sendiri tidak tahu masa bila dia buat kerja-kerja tempahan ni. Aku membelek-belek menu yang ada.

 

“Agak-agak roti canai and teh tarik ada tak? Kepinginlah nak makan.”

 

“Ika, mana nak cari makanan tu kat sini?” Bisik Hafsyam perlahan ke telingaku.

 

“Haiii.....Kata gerai. Takkan benda-benda simple camtu tak de kot? Apa standard punya gerai macam ni.” Ujar ku sinis. Sekali lagi Hafsyam tersenyum menyeringai.

 

“Ika, I’m so sorry, k. Please...........Tapi kalau Ika nak juga, Syam pergi beli dekat gerai seberang jalan sana. Anything for you, my dear. I’ll get it.” Hafsyam hampir bangun dari tempat duduknya.

 

“Syam...Sit down, please.” Aku pula rasa gelabah. Buatnya dia betul-betul pergi beli, tak ke haru dunia aku malam tu. Mintak simpang dari kejadian-kejadian yang tidak diingini. Niatku sekadar mahu Hafsyam rasa bersalah dengan tindakannya.

 

“It’s ok. Syam order jelah apa-apa. Ika ikut je.” Akhirnya aku mengalah. Sekali lagi lelaki itu berjaya membuatkan aku rasa bersalah.

 

Hafsyam memberikan beberapa menu kepada pelayan hotel bagi hidangan malam itu. Aku sendiri tidak tahu entah apa yang diorder. Aku jarang sangat makan dekat hotel dan agak kekok sedikit dengan suasana di situ. Apa yang dimakan oleh Hafsyam, itu jugalah yang aku makan.

 

Setelah kekenyangan, kami berlalu meninggalkan Hotel Crown Princess. Hafsyam menghantar aku pulang ke rumah. “Best juga menu kat gerai tu kan?” Sengaja kutekankan perkataan gerai. Aku perhatikan riak wajah Hafsyam. Ada sedikit kelat namun masih sempat menghulurkan sebuah senyuman.

 

Iknow you mad at me. Syam akui silap Syam coz tak berterus-terang. Syam cuma nak buat yang terbaik untuk Ika. For our first meet. At least, Ika puas hati makan dekat situ kan? Without no regret. Betul tak?” Hafsyam memandang ke arah ku buat seketika. Renungan tajamnya membuatkan aku terdiam seketika. Segera kualihkan pandanganku ke arah luar tingkap kereta. Renungan sebegitu bisa membuatkan hatiku berkata-kata tentang sesuatu dan aku tidak mahu mendengar tentang sesuatu itu. Alunan lagu Mungkin nyanyian Anuar Zain yang berkumandang di radio Hot FM membuatkan kami tenggelam seketika dalam lamunan sendiri. Apa yang aku fikirkan? Entah...Aku pun tak pasti. Apa yang Hafsyam fikir? Lagilah aku tak tahu dan aku pun tak mahu ambil tahu.

 

Thank you, Syam. Nice to meet you tonight.” Aku dah pun sampai depan pintu pagar rumahku dan inilah masanya untuk aku say good bye to Hafsyam.

 

Same to you and I really hope that we can meet again.” Hah?Jumpa lagi? Ada hati nak jumpa aku lagi. Aku hampir tertawa. Aku baru saja terfikir, bahawasanya inilah kali pertama dan kali terakhir aku jumpa dengan hamba Allah yang bernama Zarif Hafsyam ini.

 

“Syam, macamana kalau Ika cakap ini yang terakhir?” Hafsyam tidak menjawab persoalanku. Dia hanya ketawa. Aku keliru dengan ekspresi wajahnya kali ini. Macam senang hati je. Adakah dia juga menantikan kata-kata sebegitu dariku?

 

I’ll get what I want. No matter what. Remember that, Ika. Jangan lupa walau sesaat pun.” Hafsyam mengenyit mata nakal. Arghhhhhhhhhh.....Aku rasa aku nak menjerit je dekat situ.

 

 

Bersambung.......                                                                                                                                                   Klik SINI Untuk Kembali Ke Blog