SIRI 1 - TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PENDAHULUAN

Kawalan tatatertib merupakan satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap di dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah Jabatan.

PERATURAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB

Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Secara keseluruhannya peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan-peruntukan berikut:
*Peraturan-peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan/kesalahan khusus;
*Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib;
*Prosedur dan tatacara tindakan tatatertib;
*Hukuman tatatertib;
*Peruntukan pelbagai yang berkaitan

TATAKELAKUAN (CODE OF CONDUCTS)


Tatakelakuan (code of conducts) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4, Peraturan-peraturan tersebut iaitu:

“4. (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setia kepada yang di- Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;
(2) Seseorang pegawai tidak boleh;-
(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi nya bercanggah dengan tugas awamnya;
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:-
(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya se-hingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukan awam nya bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan/mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
(f ) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab;
(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana- mana pegawai lain;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa- apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

“4A (1) Seseorang pegawai tidak boleh melaku- kan gangguan seksual terhadap orang lain,iaitu,seseorang pegawai tidak boleh;-
(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu: atau
(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

(2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan se suatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain :-

(a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara li san, bertulis atau dengan apa-apa lain;

(b) tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.


KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN

Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan peraturan-peraturan ini dan pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh menyebabkan dikenakan tindakan tatatertib.

Seseorang pegawai dianggap telah melanggar peruntukan peraturan-peraturan ini jika didapati telah melakukan apa-apa perbuatan atau salah laku yang bertentangan atau disifatkan sebagai bertentangan dengan mana-mana peraturan tatakelakuan berkenaan.

SURAT AKU JANJI

Kegagalan seseorang pegawai memberi aku janji sebagaimana dikehendaki atau gagal mematuhi terma-terma aku janji juga merupakan pelanggaran tatatertib.

TUGAS KAWALAN TATATERTIB

Tiap-tiap pegawai adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib keatas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera. Kegagalan menjalankan tanggungjawab ini hendaklah disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

 

SIRI 2 - PIHAK BERKUASA TATATERTIB

PENDAHULUAN

Sesuatu tindakan tatatertib ke atas mana-mana pegawai yang telah melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah dilaksanakan oleh sesebuah Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) atau Lembaga Tatatertib (LTT) yang mempunyai bidang kuasa sebagaimana ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang berkaitan.

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan, kawalan tatatertib adalah merupakan salah satu fungsi tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun selaras dengan peruntukan Perkara 144 (5B), Yang di Pertuan Agong telah membuat peraturan-peraturan bagi menubuhkan lembaga-lembaga di peringkat Kementerian dan Jabatan bagi menjalankan sebahagian kuasa dan tugas Suruhanjaya berhubung kawalan tatatertib ini.

PENUBUHAN LEMBAGA-LEMBAGA TATATERTIB

Bagi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, penubuhan serta keanggotaan sesebuah Lembaga Tatatertib di peringkat Kementerian dan Jabatan adalah seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [ P.U. (A) 396] serta Jadual di bawah peraturan tersebut. Lembaga-lembaga Tatatertib ini adalah mempunyai bidang kuasa tatatertib mengikut seperti yang ditetapkan dalam Jadual yang berkenaan yang pada keseluruhannya adalah berasaskan kepada kumpulan perkhidmatan serta mengikut tempat bertugas seseorang pegawai yang diambil tindakan tatatertib itu, iaitu seperti berikut:
*Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No. 1);
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No.2);
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1);
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2);


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat bagi semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Selain itu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam bagi semua kumpulan pegawai yang telah dikenakan apa-apa tindakan/hukuman tatatertib oleh Lembaga Tatatertib selainnya.


LEMBAGA TATATERTIB (LTT) KUMPULAN PENGURUSAN (NO .1)

LTT ini dianggotai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) serta seorang pegawai yang dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Ahli.

LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Gred 48 yang setaraf, dan ke atas.

LEMBAGA TATATERTIB (LTT) KUMPULAN PENGURUSAN (NO.2)

LTT ini dianggotai oleh KSU/ Ketua Pengarah/ SUK sebagai Pengerusi dan TKSU/TKP/TSUK serta seorang pegawai yang tidak lebih rendah dari Gred 48 yang setaraf, yang dilantik oleh KSU atau SUK sebagai Ahli.

LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Gred 41 yang setaraf,bagi tiap-tiap Kementerian/ Jabatan/Pentadbiran Negeri yang berkenaan .

LEMBAGA TATATERTIB (LTT) KUMPULAN SOKONGAN (NO.1)

LTT ini dianggotai oleh KSU/KP/SUK sebagai Pengerusi dan TKSU/TKP/TSUK serta Penasihat Undang-Undang atau Wakil Peguam Negara sebagai Ahli.

LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat bagi pegawai dalam Kumpulan Sokongan bagi tiap-tiap Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Negeri yang ber- kenaan.

LEMBAGA TATATERTIB (LTT) KUMPULAN SOKONGAN (NO.2)

LTT ini dianggotai oleh TKSU/Ketua Jabatan atau Ketua Bahagian Tempatan/TSUK sebagai Pengerusi dan SUB/ Timbalan Ketua Jabatan atau Timbalan Ketua Bahagian Tempatan/KPSU serta seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh KSU atau SUK sebagai Ahli.

LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat bagi pegawai dalam Kumpulan Sokongan bagi tiap-tiap Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Negeri yang berkenaan.

KUORUM MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB (LTT) PENGGANTIAN ANGGOTA LEMBAGA TATATERTIB (LTT)

Mengikut Peraturan 2(4), peraturan-peraturan yang berkenaan, kuorum bagi sesuatu mesyuarat LTT hendak lah terdiri daripada Pengerusi dan mana-mana seorang anggota lain.

Mengikut Peraturan 2(3), KSN boleh atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkannya secara bertulis, menamakan mana-mana pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib untuk menggantikan mana-mana anggota LTT.

Dalam keadaan di mana Pengerusi atau anggota LTT itu menjadi pengadu dalam tindakan tatatertib terhadap se- seorang pegawai, mereka tidak boleh bersidang sebagai Pengerusi atau Ahli LTT untuk mendengar kes pegawai itu.

Pegawai yang memangku sesuatu jawatan berkenaan boleh menjadi Pengerusi atau Ahli LTT. Walau bagaimanapun bagi pegawai yang menanggung kerja jawatan yang sepatutnya menjadi Pengerusi atau Ahli, kelulusan KSN adalah diperlukan.

Peraturan mengenai penggantian anggota LTT ini hendaklah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1995.

SIRI 3 - TATACARA TINDAKAN BAGI KES TIDAK HADIR BERTUGAS SECARA BERTERUSAN DAN TIDAK DAPAT DIKESAN

PENDAHULUAN

Tatacara tindakan bagi kes tidak hadir bertugas secara berterusan dan tidak dapat dikesan adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


TINDAKAN KETUA JABATAN

Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima (AT) kepada pegawai di alamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya melaporkan diri untuk bertugas dengan segera.
Jika surat itu telah dapat diserahkan, Ketua Jabatan hendaklah sama ada pegawai itu telah hadir bertugas semula atau tidak, mengemukakannya suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) untuk diambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu

Jika surat itu tidak dapat diserah/surat AT dikembalikan tidak terserah,Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada PBT yang mempunyai bidang kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai itu

 

 

TINDAKAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB

Bagi kes di mana surat telah dapat di-serahkan PBT selepas menerima laporan daripada Ketua Jabatan, hendaklah mengambil langkah/tindakan tatatertib mengikut tatacara tindakan tatatertib biasa.

Bagi kes di mana surat itu tidak dapat dise-rahkan/surat AT dikembalikan tidak terserah, PBT yang mempunyai bidang kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai itu selepas menerima laporan daripada Ketua Jabatan, hendaklah mengambil langkah untuk menyiarkan suatu notis dalam sekurang-kurangnya satu suratkhabar harian yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan dan mempunyai edaran di seluruh negara yang ditentukan oleh PBT, mengikut Peraturan 26(4),Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993. Notis akhbar tersebut hendaklah menyatakan:

*hakikat bahawa pegawai itu telah tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan; dan
*mengkehendaki pegawai melaporkan diri untuk bertugas dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis itu.

TINDAKAN SELEPAS PENYIARAN NOTIS DI AKHBAR

Jika pegawai melapor diri untuk bertugas dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis tersebut, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) untuk diambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut tatacara tindakan tatatertib biasa.

Jika pegawai tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis tersebut, pegawai hendaklah disifatkan sebagai telah dibuang kerja berkuatkuasa mulai tarikh dia tidak hadir bertugas. Seterusnya pembuangan kerja tersebut hendaklah diberitahu dalam Warta Kerajaan, mengikut Per-aturan 26(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

 

 

SIRI 4 -TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BIASA: KES TIDAK HADIR BERTUGAS SERTA KES TATAKELAKUAN ATAU PRESTASI KERJA YANG TIDAK MEMUASKAN


PENDAHULUAN

Tatacara tindakan tatatertib kes tidak hadir bertugas untuk sesuatu tempoh tertentu serta kes tatakelakuan atau prestasi kerja yang tidak memuaskan adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 35, 36 dan 37, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

LAPORAN PELANGGARAN TATATERTIB

Mengikut Peraturan 3C,Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tiap-tiap pegawai khususnya Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa kesalahan atau pelanggaran tatatertib yang dilakukan.

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab mengemukakan laporan mengenai sesuatu pelanggaran tatatertib tersebut kepada PBT yang berkenaan. Secara umumnya laporan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

*keterangan mengenai pegawai dan jawatannya;
*kenyataan perkhidmatan yang kemaskini

*butir-butir mengenai perbuatan salah laku serta fakta tarikh,masa atau tempoh masa kesalahan dilakukan;
*keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan serta apa-apa peruntukan peraturan termasuk perintah atau arahan yang dilanggar;
*bukti/dokumen sokongan, laporan siasatan, keterangan saksi dan sebagainya;
*apa-apa tindakan yang telah diambil secara pentadbiran ke atas pegawai itu.

PENENTUAN JENIS KESALAHAN [PERATURAN 35]

Selepas menerima sesuatu laporan pelanggaran tatatertib, Pengerusi LTT yang rendah (yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat), hendaklah menimbangkan laporan tersebut dan menentukan sama ada kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan:

*hukuman buang kerja atau turun pangkat ( Peraturan 37) ; atau
*suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 36)

Penentuan jenis kesalahan yang dibuat oleh Pengerusi LTT itu akan menentukan jenis tindakan tatatertib yang akan diambil ke atas pegawai yang terlibat. Jika diputuskan bahawa kesalahan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, kes tersebut hendaklah dirujukkan kepada PBT yang tinggi (yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat).


TINDAKAN TATATERTIB TIDAK DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT [PERATURAN 36]

Mengikut Peraturan 36(1), jika Pengerusi LTT menentukan bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat dan setelah berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib, Pengerusi LTT hendaklah menghadapkan surat pertuduhan kepada pegawai untuk membuat representasi pembelaan diri dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan itu.

Seterusnya LTT hendaklah menimbangkan representasi pegawai tesebut serta membuat keputusan/ hukuman ke atas pegawai.

TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT [ PERATURAN 37]

Jika Pengerusi LTT yang rendah telah menentukan bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Pengerusi LTT yang tinggi yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah menimbang serta menentukan bahawa wujud suatu kes prima facie untuk mengambil tindakan tatatertib tersebut dan hendaklah mengarahkan supaya suatu pertuduhan dihadapkan kepada pegawai itu untuk membuat representasi pembelaan diri dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan itu.

Seterusnya LTT hendaklah menimbangkan representasi pegawai tersebut serta membuat keputusan/ hukuman ke atas pegawai.

SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB

Sesuatu pertuduhan tatatertib hendaklah jelas serta mengandungi fakta dan butir-butir yang spesifik berhubung perbuatan salah laku yang pegawai itu dipertuduhkan serta peruntukan mana-mana peraturan yang dilanggar. Perbuatan serta kesalahan tersebut hendaklah dikaitkan dengan mana-mana peruntukan peraturan tatakelakuan yang berkenaan yang dinyatakan di bawah Peraturan 4,Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Surat pertuduhan tatatertib hendaklah ditandatangan oleh Pengerusi LTT atau ahli LTT bagi pihak Pengerusi.

KEPUTUSAN TATATERTIB

Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada pegawai dan hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan/hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah mengandungi fakta yang tepat serta dapatan bersalah (finding of guilt) pegawai atas pertuduhan yang telah dihadapkan.Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam,dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu.

REKOD TATATERTIB

Semua rekod serta dokumen berkaitan tindakan tatatertib hendaklah dipelihara sewajarnya. Sesuatu keputusan tindakan tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang dikenakan.

 

 

 

 

SIRI 5 - TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BAGI KES SABITAN/PEGAWAI TERTAKLUK KEPADA PROSIDING JENAYAH

PENDAHULUAN

Tatacara tindakan tatatertib bagi kes sabitan jenayah/pegawai tertakluk kepada prosiding jenayah adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 28, 29 dan 33, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

TAFSIRAN ‘SABITAN’, 'KESALAHAN JENAYAH’ DAN ‘MAHKAMAH [PERATURAN 3]

*‘Sabitan’ ertinya suatu dapatan oleh mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis bahawa seseorang itu bersalah atas suatu kesalahan jenayah.
*‘Kesalahan Jenayah’ ertinya apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau tingkahlaku keji.
*‘Mahkamah’ ertinya mahkamah yang termasuk Mahkamah Syariah.

PROSIDING JENAYAH DIMULAKAN KE ATAS PEGAWAI

Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Pendaftaran Mahkamah hendaklah mengemukakan/Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan laporan yang berkaitan prosiding tersebut. Seterusnya Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan itu kepada (PBT) yang mempunyai bidangkuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, beserta syor sama ada pegawai itu patut ditahan kerja.


Setelah menimbangkan laporan tersebut PBT boleh menahan pegawai daripada menjalankan tugas (TAHAN KERJA) mengikut peraturan 44 (1) (a), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Jika prosiding jenayah itu terhadap pegawai berkeputusan dengan pensabitan, PBT hendaklah menggantung pegawai daripada menjalankan tugas (GANTUNG KERJA) di bawah Peraturan 45 (1) (a), berkuatkuasa mulai tarikh sabitan, sementara menunggu keputusan tindakan tatatertib yang berkait daripada sabitan tersebut. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak berhak menerima apa-apa bahagian emolumen sepanjang tahun penggantungan kerja tersebut.

Jika prosiding jenayah tersebut berkeputusan dengan pembebasan, pegawai itu hendaklah dibenarkan menjalankan semua tugasnya serta berhak menerima apa-apa emolumen yang tidak dibayar dalam tempoh tahan kerja serta cuti rehat tahunan dan segala kelayakan lain yang pegawai itu berhak.

TINDAKAN TATATERTIB

Mengikut Peraturan 29 iaitu dalam kes di mana pegawai telah disabitkan atas ke- salahan jenayah, Ketua Jabatan hendak lah mendapatkan salinan keputusan mahkamah dan mengemukakannya kepada PBT yang berkenaan beserta rekod perkhidmatan pegawai dan perakuan mengenai tindakan/hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai, bergantung kepada jenis dan seriusnya kesalahan itu berbanding dengan takat mana sabitan itu telah memburukkan nama perkhidmatan awam.

PBT yang berkenaan hendaklah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan mengikut Peraturan 33 (1) dan seterusnya membuat keputusan/hukuman terhadap pegawai.

Mengikut Peraturan 45A, jika prosiding tatatertib berkeputusan dengan buang kerja, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa emolumen yang telah tidak di bayar kepadanya dalam tempoh tahan kerja atau gantung kerja itu. Sebaliknya jika prosiding tatatertib tersebut berkeputusan dengan suatu hukuman selain buang kerja, pegawai itu berhak menerima semua bahagian emolumen yang berkenaan itu.

PENGECUALIAN DARIPADA HAK UNTUK DIDENGAR

Bagi tujuan mengambil tindakan tatatertib ke atas seseorang pegawai yang telah disabitkan kesalahan jenayah ini, pegawai tersebut tidak perlu dihadapkan dengan apa-apa surat pertuduhan atau diberi hak untuk didengar. Tindakan tatatertib bagi kes sabitan jenayah ini juga tidak melibatkan tindakan bagi penentuan jenis kesalahan serta penentuan kes prima facie yang diperlukan bagi kes-kes tindakan tatatertib biasa.

KEPUTUSAN TATATERTIB

Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada pegawai dan hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan/hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah men gandungi fakta yang tepat serta pernyataan mengenai sabitan yang berkaitan dan kenyataan bahawa pegawai telah memburukkan nama perkhidmatan awam. Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam,dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu.

REKOD TATATERTIB

Semua rekod serta dokumen berkaitan tindakan tatatertib hendaklah dipelihara sewajarnya. Sesuatu keputusan tindakan tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang dikenakan.

 

SIRI 6 - TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BAGI KES PERINTAH TAHANAN PENGAWASAN KEDIAMAN TERHAD BUANG NEGERI DSB

PENDAHULUAN

Tatacara tindakan tatatertib bagi kes yang berbangkit daripada perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri dan sebagainya adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 32 dan 33, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

PROSEDUR JIKA TERDAPAT PERINTAH TAHANAN,BUANG NEGERI DSB.

Jika suatu perintah tahanan (tidak termasuk tahanan reman), pengawasan, kediaman terhad, buang negeri, deportasi atau apa-apa bentuk sekatan telah dibuat terhadap seseorang pegawai di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan keselamatan,pencegahan jenayah,imigresen atau perlindungan wanita dan gadis atau perlindungan kanak-kanak, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan suatu salinan perintah itu daripada pihak berkuasa yang berkenaan dan mengemukakannya kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) yang mempunyai bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, beserta rekod perkhidmatan pegawai dan perakuan mengenai tindakan/hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai, bergantung kepada takat keburukan yang telah dibawa oleh pegawai itu kepada perkhidmatan awam.

Setelah menimbangkan laporan tersebut PBT boleh menggantung pegawai daripada menjalankan tugas (GANTUNG KERJA) di bawah Peraturan 45(1)(b), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berkuatkuasa dari tarikh kuatkuasa perintah itu. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak berhak menerima apa-apa bahagian emolumen sepanjang tempoh penggantungan kerja tersebut.

TINDAKAN TATATERTIB

PBT yang berkenaan hendaklah menimbangkan laporan,rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan mengikut Peraturan 33 (2) dan seterusnya membuat keputusan/hukuman terhadap pegawai.

Mengikut Peraturan 45A, jika prosiding tatatertib berkeputusan dengan buang kerja, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa emolumen yang telah tidak dibayar kepadanya dalam tempoh tahan kerja atau gantung kerja itu. Sebaliknya jika prosiding tatatertib tersebut berkeputusan dengan suatu hukuman selain buang kerja, pegawai itu berhak menerima semua bahagian emolumen yang berkenaan itu.

PENGECUALIAN DARIPADA HAK UNTUK DIDENGAR

Bagi tujuan mengambil tindakan tatatertib ke atas seseorang pegawai yang telah dikenakan perintah tahanan,pengawasan kediaman terhad, buang negeri dan sebagainya ini, pegawai tersebut tidak perlu dihadapkan dengan apa-apa surat pertuduhan atau diberi hak untuk didengar. Tindakan tatatertib bagi kes perintah tahanan ini juga tidak melibatkan tindakan bagi penentuan jenis kesalahan serta penentuan kes prima facie yang diperlukan bagi kes-kes tindakan tatatertib biasa.

KEPUTUSAN TATATERTIB

Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada pegawai dan hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan/ hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah mengandungi fakta yang tepat serta pernyataan mengenai apa-apa perintah yang berkaitan dan kenyataan bahawa pegawai telah memburukkan nama perkhidmatan awam. Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu


REKOD TATATERTIB

Semua rekod serta dokumen berkaitan tindakan tatatertib hendaklah dipelihara sewajarnya. Sesuatu keputusan tindakan tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang dikenakan.

SIRI 7 - TAHAN KERJA DAN GANTUNG KERJA

PENDAHULUAN

Tahan kerja dan gantung kerja adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 43, 44 dan 45 Peraturan-peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sesuatu keputusan bagi mengenakan perintah tahan kerja atau gantung kerja ke atas seseorang pegawai hanya boleh dibuat oleh (PBT) yang berkenaan yang mempunyai bidang kuasa bagi mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1), mengikut kumpulan perkhidmatan pegawai yang terlibat.

 

TAHAN KERJA BAGI MAKSUD PENYIASATAN [ PER. 43 ]

Jika seseorang pegawai dikatakan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan jenayah atau suatu kesalahan tatatertib yang serius, dan Ketua Jabatan berpendapat bahawa bagi memudahkan penyiasatan dijalankan pegawai patut dihalang daripada hadir bertugas, Ketua Jabatan itu boleh memperakukan kepada PBT yang berkenaan untuk pegawai ditahan kerja.

PBT yang berkenaan boleh menahan kerja pegawai itu mengikut Peraturan 43, bagi suatu tempoh tidak melebihi 2 bulan, iaitu bagi maksud memudahkan penyiasatan terhadap pegawai itu. Seseorang pegawai yagn ditahan kerja bagi maksud penyiasatan ini berhak menerima emolumen sepenuhnya dalam tempoh tahan kerja tersebut.

Di dalam memutuskan sama ada hendak menahan kerja pegawai atau tidak, PBT hendaklah mengambil kira faktor berikut:

  • kesalahan yang disyaki itu adalah secara langsung berhubung dengan tugas pegawai; dan
  • kehadiran pegawai di pejabat akan mengendalakan penyiasatan.

Jika dalam tempoh tahan kerja itu prosiding jenayah dimulakan terhadap pegawai di mahkamah atau tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat telah diambil ke atasnya, tahan kerja ini hendaklah terhenti berkuatkuasa mulai tarikh prosiding jenayah atau tindakan tatatertib itu dimulakan dan PBT hendaklah mengambil tindakan selanjutnya mengikut Peraturan 44.

 

TAHAN KERJA [ PER. 44 ]

Mengikut Peraturan 44, jika prosiding jenayah atau prosiding tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat telah dimulakan terhadap pegawai itu, PBT yang berkenaan boleh menahan pegawai itu daripada menjalankan tugas (tahan kerja).

Di dalam memutuskan sama ada hendak menahan kerja pegawai atau tidak, PBT hendaklah mengambil kira faktor berikut:

  • kesalahan yang disyaki itu adalah secara langsung berhubung dengan tugas pegawai;
  • kehadiran pegawai di pejabat untuk menjalankan tugasnya itu boleh memalukan atau menjejaskan nama atau imej Jabatan; atau
  • dengan mengambil kita jenis kesalahan yang dipertuduhkan, penahanan kerja pegawai akan menyebabkan Kerajaan menanggung kerugian.

Perintah tahan kerja ini boleh berkuatkuasa mulai dari tarikh pegawai ditangkap atau tarikh saman telah disampaikan kepadanya atau tarikh yang ditetapkan oleh PBT itu, sehingga prosiding jenayah atau prosiding tataTertib itu berkeputusan. Dalam tempoh penahanan kerja tersebut, pegawai berhak menerima tidak kurang setengah bahagian emolumennya mengikut sebagaimana diputuskan oleh PBT.

PBT boleh memanggil balik pegawai untuk bertugas walaupun prosiding jenayah atau prosiding tatatertib yang berkenaan belum selesai dan dia hendaklah dibayar emolumen penuh mulai tarikh menjalankan semual tugasnya itu. Walau bagaimanapun apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar semasa tahan kerja tersebut, tidak boleh dibayar sehingga prosiding terseut berkeputusan. Jika prosiding jenayah atau tindakan tatatertib itu berkeputusan dengan pegawai dibebaskan, apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar semasa tahan kerja itu hendaklah dibayar kepadanya.

 

GANTUNG KERJA [ PER. 45 ]

PBT yang berkenaan boleh menggantung seseorang pegawai daripada menjalankan tugasnya (gantung kerja) jika:

  • pegawai itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah; atau
  • suatu perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri dan sebagainya seperti dinyatakan di bawah Peraturan 32 telah dibuat terhadap pegawai.

Penggantungan kerja ini hendaklah berkuatkuasa mulai tarikh sabitan atau tarikh kuatkuasa perintah-perintah itu. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak boleh dibenarkan menerima apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak dibayar dalam tempoh tahan kerja dan sepanjang tempoh gantung kerja tersebut.

 

EMOLUMEN YANG TIDAK DIBAYAR

Jika prosiding tatatertib yang berbangkit daripada sabitan atau perintah-perintah tersebut berkeputusan dengan pegawai dibuang kerja, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak dibayar semasa tahan kerja atau gantung kerja itu.

Sebaliknya jika prosiding tatatertib tersebut berkeputusan dengan hukuman selain buang kerja, pegawai itu berhak menerima apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak dibayar semasa tahan kerja dan atau gantung kerja itu dan pegawai itu hendaklah diarah menjalankan semula tugasnya.

 

 

 

SIRI 8 - RAYUAN TATATERTIB

PENDAHULUAN

Perkara mengenai rayuan tatatertib adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [P.U.(A) 396].

HAK MERAYU [PERATURAN 14]

Mana-mana pegawai yang terkilan dengan keputusan Lembaga Tatatertib (LTT) Kementerian/Jabatan boleh merayu terhadap keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (LRTT).
( Nota : Tiada peruntukan rayuan bagi pegawai yang dibuang kerja melalui Warta)

LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM [PERATURAN 12 ]

Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah terletak di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

BAGAIMANA MEMBUAT RAYUAN(PERATURAN (15)

Sesuatu rayuan hendaklah di buat secara bertulis kepada:

PENGERUSI
LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
ARAS 9, BLOK C7, PARCEL C
PUSAT PENTABDIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA.


Surat rayuan hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan tatatertib.


TINDAKAN KETUA JABATAN

Apabila menerima rayuan daripada mana- mana pegawai, Ketua Jabatan hendaklah tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut mengemukakannya kepada Lembaga Tatatertib yang berkaitan, beserta dengan ulasannya.

TINDAKAN LEMBAGA TATATERTIB

Apabila menerima rayuan itu, Lembaga Tatatertib hendaklah tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut mengemukakannya surat rayuan itu beserta salinan semua rekod prosiding tatatertib, termasuk alasan/asas yang digunakan bagi membuat keputusan tatatertib berkenaan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam

MAKLUMAT/DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH JABATAN KEPADA LEMBAGA RAYUAN

Maklumat/dokumen yang perlu dikemukakan oleh Jabatan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib (LRTT) adalah seperti senarai semak, iaitu mengikut mana yang berkaitan dengan sesuatu kes tindakan tatatertib itu.

KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN
Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib adalah muktamad

SENARAI SEMAK DOKUMEN

1. Nombor Kad Pengenalan pegawai.

2. Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini

3. Laporan pelanggaran tatatertib termasuk laporan siasatan (jika ada)

4. Surat pertuduhan

5. Akuan terima surat pertuduhan

6. Representasi pembelaan diri

7. Ulasan Ketua Jabatan terhadap representasi pembelaan diri

8. Minit Mesyuarat LTT Menjatuhkan Hukuman

9. Surat Keputusan LTT

10. Akuan terima surat keputusan

11. Surat Rayuan
     Peraturan 14(1) & 15(1) LTTPA 1993 [P.U.(A) 396]

12. Ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan
     Peraturan 15(2) LTTPA 1993 [P.U.(A) 396]

13. Alasan Lembaga Tatatertib Jabatan bagi mencapai keputusannya
     Peraturan 15(3) LTTPA 1993 [P.U.(A) 396]

14. Pertuduhan mahkamah

15. Syor Ketua Jabatan

16. Keputusan mahkamah

17. Pengesahan ada/tiada rayuan

18. Perakuan Ketua Jabatan mengenai hukuman di bawah Peraturan 29(2)

19. Surat Perintah Gantung Kerja

20. Salinan Perintah tahanan / pengawasan

21. Salinan Kad Perakam Waktu yang lengkap bagi kesalahan tidak hadir bertugas, tidak mengetip kad perakam waktu dan datang lewat ke pejabat

22. Kenyataan Cuti yang kemaskini bagi kesalahan tidak hadir bertugas

23. Dokumen Sokongan:

i) Laporan BPR (bagi kes BPR)

ii) Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan kes tersebut (jika ada)

Nota:

* Perkara / dokumen di bil. 14 hingga 20 adalah bagi kes Sabitan Jenayah dan / atau kes Perintah Tahanan.

* Semua dokumen yang berkaitan hendaklah disediakan dalam 2 salinan

* LTT - Lembaga Tatatertib
* LTTPA - Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam

 

SIRI 9 - KESILAPAN LAZIM DALAM URUSAN TINDAKAN TATATERTIB

Salah satu fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ialah bertindak sebagai Pihak Berkuasa Rayuan Tatatertib bagi pegawai yang tidak berpuas hati terhadap tindakan tatatertib yang dikenakan oleh Lembaga Tatatertib

Jabatan (LTJ) terhadap mereka. Pegawai yang dimaksudkan ialah mereka yang berada dalam perkhidmatan Awam Am Persekutuan, perkhidmatan bersama serta perkhidmatan awam Negeri Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis.

Semasa menimbangkan rayuan tatatertib, SPA mendapati sebahagian daripada tindakan tatatertib yang telah diputuskan oleh LTJ adalah tidak teratur atau mengandungi kesilapan teknikal yang serius.

Sebagai salah satu usaha SPA mengurangkan berlakunya kesilapan tersebut berikut disenaraikan (Jadual 1) kesilapan lazim yang dilakukan oleh LTJ untuk dijadikan iktibar dan panduan aar kesilapan yang sama tidak berulang.

Melalui panduan ini juga ia akan dapat membanti pihak yang berkenaan khususnya pegawai/urusetia yang terlibat secara langsung di dalam urusan tindakan tatatertib ke arah mewujudkan pengurusan tatatertib yang lebih cekap dan berkesan.

Jadual 1 : Kesilapan dan Pembetulan

1. Surat Rayuan Lewat dan Salah Alamat:

 

KESILAPAN

PEMBETULAN

 

Banyak rayuan tatatertib lewat dikemukakan dan dialamatkan kepada Ketua Jabatan aau Pengerusi LTJ.

Peraturan 15(1) & 15(2) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 mengkehendaki pegawai mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan disampaikan dan Ketua Jabatan pula perlu mengedarkannya kepada LTJ dalam tempoh 30 hari dari tarikh rayuan diterima. Pegawai hendaklah mengalamatkan rayuan mereka kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, iaitu SPA melalui Ketua Jabatan masing-masing. Dari segi undang-undang SPA tidak perlu menimbang rayuan yang lewat diterima dan tidak dialamatkan kepadanya kerana rayuan itu dianggap tidak wujud.

2. Kesalahan Menggunakan Peraturan:

 

Ada LTJ yang mengambil tindakan tatatertib menggunakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)

Nama peraturan yang dimaksudkan itu tidak wujud. Yang ada ialah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mana di dalamnya telah termasuk pindaan yang telah diluluskan dalam tahun 2002. Perlu diingatkan bahawa apa yang berlaku dalam tahun 2002 ialah pindaan terhadap peraturan tahun 1993 sahaja, dan bukannya penggubalan satu peraturan yang baru bagi menggantikan Peraturan 1993.

3. Ulasan Ketua Jabatan Terhadap Rayuan:

 

Ketua Jabatan tidak memberikan sebarang ulasan terhadap rayuan pegawai. Ini bercanggah dengan kehendak Peraturan 15(2) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993.

Ulasan Ketua Jabatan penting kerana ia dapat memudahkan Lembaga Rayuan Tatatertib membuat pertimbangan. Ulasan yang dimaksudkan termasuklah kenyataan 'Tiada ulasan'. Ketua Jabatan wajar memberi ulasan terhadap rayuan pegawai terutama mengenai kenyataan yang membabitkan jabatan dan pegawai lain. Misalnya pegawai mendakwa telah memohon cuti rehat pada salah satu tarikh yang beliau dituduh tidak hadir bertugas tetapi tidak diluluskan oleh ketuanya. Jika dakwaan ini tidak diulas, keputusan boleh memihak kepada pegawai.

4. LTJ Tidak Memberikan Alasan Keputusannya:

 

Kebanyakan LTJ tidak menyatakan alasan yang telah digunakan semasa mencapai keputusannya. Apabila pegawai membuat rayuan, Pengerusi LTJ memberikan ulasan, dan bukannya alasan penghakiman LTJ seperti yang dikehendaki oleh peraturan 15(3) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993.

Menurut peraturan 15(3) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, yang perlu disertakan bersama-sama dengan rayuan pegawai ialah alasan penghakiman yang telah digunakan oleh LTJ. Jika alasan tersebut dicatatkan dalam minit mensyuaratnya, LTJ tidak perlu memberikan ulasan tambahan. Ingat: yang diperlukan ialah alasan LTJ, dan bukannya ulasan Pengerusi LTJ.

5. Ulasan Tidak Dibuat Oleh Ketua Jabatan:

 

Ada ulasan terhadap sesuatu rayuan tatatertib dibuat dan ditandatangani oleh pegawai yang bukan Ketua Jabatan pegawai.

Peraturan 15(2) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 memberi tanggungjawab kepada Ketua Jabatan untuk mengulas rayuan pegawai (jika ada), dan bukannya pegawai yang lain. Takrif 'Ketua Jabatan' yang diberikan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 amat luas untuk memudahkan jabatan mendapatkan pegawai yang sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Tindakan meminta pegawai yang menganggotai LTJ memainkan peranan sebagai Ketua Jabatan kepada pegawai yang dituduh hendaklah dielakkan.

6. Ulasan Yang Tidak Relevan:

 

Kadangkala Ketua Jabatan dan/atau Pengerusi LTJ memasukkan ulasan yang tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dikenakan kepada pegawai.

Misalnya, Ketua Jabatan atau Pengerusi LTJ mengungkit kesalahan pegawai yang lepas yang telah pun diambil tindakan. Mereka diingatkan supaya mengelak daripada memasukkan kenyataan yang tidak relevan dan yang boleh menimbulkan prejudis atau bias terhadap pegawai yang dituduh. Tindakan ini juga boleh menyebabkan pegawai dibebaskan jika mereka membuat rayuan ke mahkamah.

7. Pertuduhan Yan Tidak Tepat:

 

Ada LTJ yang mengenakan tuduhan yang tidak tepat. Misalnya tuduhan yang dikenakan ialah untuk tindakan surcaj tetapi pegawai dikenakan hukuman amaran, sedangkan dalam surat pertuduhan tidak ada dinyatakan pegawai akan dikenakan tindakan tatatertib.

Tindakan tatatertib yang diambil ke atas pegawai hendaklah jelas dan spesifik. Jika LTJ bercadang untuk mengenakan juga hukuman tatatertib di samping tindakan surcaj, perkara itu hendaklah dinyatakan dalam surat pertuduhan supaya pegawai boleh membela diri.

8. Pertuduhan Yang Kabur:

 

Pertuduhan yang dikenakan kepada pegawai kabur sehingga menyulitkan mereka untuk mempertahankan diri dan melemahkan peluang Kerajaan untuk menang jika kes tersebut dicabar di mahkamah.

Setiap pertuduhan perlu jelas, terperinci dan spesifik. Tuduhan perlu menyatakan sekurang-kurangnya jenis kesalahan serta tarikh, masa dan tempat kesalahan tersebut dilakukan. Misalnya, jika pegawai dituduh memberi isyarat lucah, perlu dijelaskan bagaimanakah isyarat itu telah ditunjukkan; bila ianya dilakukan; dan di mana. Lebih baik lagi jika dinyatakan sekali saksi yang boleh mengesahkan dakwaan itu.

9. Hukuman Yang Tidak Tepat:

 

Ada LTJ yang menjatuhkan hukuman yang berbeza dengan hukuman yang ditetapkan dalam peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Terdapat kes di mana pegawai dijatuhi hukuman menggantikan hari yang mereka tidak hadir bertugas dengant ugas lebih masa; atau diminta mengganti kerugian akibat kerosakan harta jabatan sebagai denda. Setiap hukuman yang hendak dijatuhkan hendaklah selaras dengan peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Jika pegawai hendak dikenakan hukuman denda, gunakan peraturan 38(b) dan 39(2), (3), (4), (5) dan (6) dalam Peraturan itu, iaitu tidak lebih 7 hari emolumen. Denda dalam bentuk yang lain, jika perlu, hendaklah diuruskan mengikut prosedur yang lain.

10. Hukuman Yang Tidak Setimpal:

 

Hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan, iaitu sama ada hukumannya terlalu berat bagi kesalahan yang ringan, atau kesalahannya berat tetapi hukumannya ringan.

Terdapat pegawai yang telah dijatuhi hukuman buang kerja kerana didapati bersalah menukarkan cek kerajaan milik pegawai di jabatannya dengan wang tunai, sedangkan perkara itu pernah menjadi amalan di jabatan beliau tidak lama sebelum beliau dituduh. Tidak dinafikan perbuatan itu salah, tetapi ianya tidak menyebabkan sebarang kerugian wang kepada Kerajaan. Ada pula pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah berbulan-bulan atau bertahun lamanya tetapi hanya dikenakan hukuman 'lucut hak emolumen'. Hukuman yang dijatuhkan, terutama buang kerja ataupun turun pangkat, mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai. Ini penting kerana mahkamah kini telah mula menunjukkan kecenderungan mempersoalkan kemunasabahan hukuman yang dijatuhkan oleh LTJ.

11. Hanya Dikenakan Tindakan Potong Gaji:

 

Pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah biasanya hanya dikehendaki memulangkan gaji bagi hari yang mereka tidah hadir bertugas itu. Tiada sebarang tindakan tatatertib diambil selepas itu kerana Ketua Jabatan beranggapan tindakan memotong gaji itu sudah memadai.

Jika terbukti pegawai telah tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, maka tindakan tatatertib hendaklah dipertimbangkan walaupun gaji mereka telah dipotong. Perlu diingat bahawa pemotongan gaji di bawah Perintah Am 14A bab 'C' merupakan tindakan secara pentadbiran sahaja berdasarkan kepada prinsip 'tidak hadir bekerja maka tidak ada gaji' ('rate for the job'). Jika pegawai disabitkan, LTJ boleh mengenakan hukuman tatatertib 'lucut hak emolumen' bagi tarikh-tarikh pegawai tidak hadir bertugas. Walau bagaimanapun pelaksanaan hukuman itu tidak boleh dibuat lagi sekali.

12. Keputusan Yang Berbeza:

 

Keputusan yang disampaikan kepada pegawai berbeza dengan keputusan Mesyuarat LTJ.

Ada kalanya keputusan yang dicatatkan dalam minit mesyuarat LTJ berbeza dengan keputusan yang disampaikan kepada pegawai. LTJ hendaklah mempastikan keputusan yang disampaikan kepada pegawai sama dengan keputusan yang tercatat dalam minit mesyuaratnya. Tidak boleh dimasukkan sebarang tokok-tambah sama ada dalam surat keputusan tatatertib atau dalam minit mesyuarat.

13. Surat Keputusan LTJ Tidak Ditandatangani Oleh Pengerusinya Atau Ahli Bagi Pihak Pengerusi:

 

Surat keputusan LTJ ditandatangani oleh pegawai lain.

Mengikut Peraturan 53, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mengkehendaki semua surat-menyurat antara Pihak Berkuasa Tatatertib dengan pegawai yang dituduh hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau oleh mana-mana ahli bagi pihak Pengerusi.

14. Bilangan Pertuduhan Dalam Surat Pertuduhan Dan Dalam Minit Mesyuarat LTJ Berbeza:

 

Terdapat keputusan LTJ menyatakan hukuman yang dikenakan ialah bagi 2 pertuduhan, tetapi dalam surat pertuduhan pegawai hanya dihadapkan dengan satu pertuduhan sahaja.

Contohnya, dalam surat pertuduhan pegawai dituduh dengan satu pertuduhan sahaja, iaitu kesalahan tidak hadir bertugas, tetapi dalam surat keputusan LTJ, pegawai dikenakan hukuman buang kerja atas 2 pertuduhan.

LTJ hendaklah mempastikan hukuman yang diputuskan adalah konsisten dengan pertuduhan yang dihadapkan kepada pegawai. Jika pegawai dihadapkan dengan satu pertuduhan maka LTJ hendaklah menimbangkan kes tersebut berdasarkan kepada satu pertuduhan itu sahaja. LTJ tidak boleh mengambil kira pertuduhan lain yang tidak termasuk dalam surat pertuduhan tersebut. Penambahan sebarang pertuduhan lain dalam surat keputusan akan menjejaskan hak pegawai membela diri.

15. Keputusan Yang Aneh:

 

Terdapat kes pegawai dipanggil bertugas semula setelah tidak hadir bertugas selama setahun. Selepas mereka bertugas semula, tindakan tatatertib pun dimulakan dan pegawai akhirnya dikenakan tindakan buang kerja. Dalam rayuannya pegawai melahirkan rasa hairan mengapa dia dibuang kerja sedangkan Ketua Jabatan telah memanggil beliau bertugas semula?

Tindakan mengarahkan pegawai bertugas semula perlu dilakukan di peringkat awal mereka tidak hadir bertugas. Sama ada pegawai kembali bertugas atau pun tidak, proses tindakan tatatertib perlu diteruskan bagi tarikh yang mereka telah tidak hadir bertugas itu. Tindakan mengarahkan pegawai bertugas semula setelah sekian lama tidak bertugas akan menimbulkan anggapan bahawa kesalahan mereka telah dimaafkan. Hukuman yang dijatuhkan setelah pegawai bertugas semula, terutama hukuman buang kerja, akan kelihatan pelik kepada mereka yang tidak memahami prosedur tatatertib.

16. Tanggungjawab Ketua Jabatan:

 

Dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang telah dipinda dan dikuatkuasakan pada 20 Jun 2002, peruntukan mengenai tanggungjawab Ketua Jabatan dalam urusan tatatertib telah diletakkan di bahagian awal, iaitu Peraturan 3C. Ini sebagai usaha hendak memberikan penekanan akan betapa pentingnya peranan mereka.

Tahap kesedaran Ketua Jabatan mengenai tanggungjawab mereka menguatkuasakan peraturan tatatertib di agensi masing-masing masih boleh dipertingkatkan. Integriti seseorang Ketua Jabatan itu dan agensi mereka sudah pasti akan dipertikai dan diperlekehkan oleh pegawai bawahannya jika mereka tidak melihat bukti bahawa ketua mereka bersungguh-sungguh dalam mematuhi Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

17. Kesalahan Menggunakan Peraturan 36 dan 37:

 

Masih terdapat LTJ yang menggunakan peraturan yang tidak tepat dalam menentukan jenis kesalahan atau tujuan tindakan tatatertib.

Jenis atau tujuan tindakan tatatertib yang dinayatakn di dalam surat pertuduhan hendaklah selaras dengan bidang kuasa LTJ, iaitu mengikut jenis hukuman tatatertib yang dicadang hendak dikenakan kepada pegawai, sama ada dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 37) atau bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 36).

18. Kesilapan Tarikh Surat Pertuduhan:

 

Terdapat LTJ yang mengeluarkan surat pertuduhan pada tarikh yang sama dengan tarikh LTJ menjatuhkan hukuman.

Hukuman tatatertib tidak boleh dijatuhkan pada tarikh yang sama dengan tarikh surat pertuduhan. Jika persamaan tarikh itu bukan satu kesilapan, ini bermakna prinsip "natural justice" dan "right to be heard" telah tidak dipatuhi. Menurut peraturan 36(1) dan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai yang dituduh diberi peluang mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dikenakan kepadanya dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN

1.

Perlembagaan Persekutuan;

 

 

2.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395];

 

 

3.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002, [P.U.(A) 246];

 

 

4.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2006, [P.U.(A) 111];

 

 

5.

Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, [P.U.(A) 396];

 

 

6.

Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan, 1996, [N.S.P.U.5];

 

 

7.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Sembilan) 2006, [N.S.P.U.2];

 

 

8.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) 2002, [M.P.U.10];

 

 

9.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) (Pindaan) 2003, [M.P.U.31];

 

 

10.

Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2005, [M.P.U.19];

 

 

11.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997, [Pg.P.U.13];

 

 

12.

Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989, [Pg.P.U.1];

 

 

13.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993, [Ps.P.U.8];

 

 

14.

Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993, [Ps.P.U.9];

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KLINIK TATATERTIB
BAHAGIAN NAIK PANGKAT DAN TATATERTIB


Klinik Tatatertib ini adalah sebagai salah satu usaha Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran di dalam menguruskan tindakan tatatertib.


Klinik Tatatertib ini adalah sebagai saluran pilihan kepada Kementerian, dan Jabatan serta agensi Kerajaan yang lain bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara serta untuk bertukar maklumat dan pandangan berhubung semua aspek pengurusan tatatertib.


Adalah diharapkan dengan khidmat nasihat dan rundingcara yang diberikan melalui Klinik Tatatertib ini akan dapat membantu pihak yang berkenaan khususnya pegawai/urusetia yang terlibat secara langsung di dalam urusan tindakan tatatertib, ke arah mewujudkan pengurusan tatatertib yang lebih cekap dan berkesan.



PERUNDINGCARA

Klinik Tatatertib ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dari Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib,Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

PERKHIDMATAN KLINIK TATATERTIB

Khidmat nasihat dan rundingcara bagi menguruskan kes sebenar berkaitan tindakan tatatertib dan rayuan tatatertib.

Penjelasan mengenai prosedur dan tatacara yang perlu dipatuhi di dalam menguruskan kes tatatertib dan rayuan tatatertib serta bidang kuasa sesebuah Pihak Berkuasa Tatatertib berdasarkan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Panduan untuk menyediakan dokumen bagi urusan tindakan tatatertib dan rayuan tatatertib, termasuk penyediaan laporan pelanggaran tatatertib, surat pertuduhan serta laporan bagi kes tatatertib yang dicabar di mahkamah.

Panduan dan nasihat umum mengenai peraturan tatakelakuan, tanggungjawab serta hak seseorang pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib.


Klinik Tatatertib ini adalah terbuka kepada semua pegawai,termasuk mereka yang menghadapi tindakan tatatertib.


URUSAN KLINIK TATATERTIB

Khidmat rundingcara dan perkhidmatan Klinik Tatatertib ini boleh diperolehi seperti berikut:

Hari SPA Bersama Pelanggan pada setiap bulan. Maklumat mengenai Hari SPA Bersama Pelanggan boleh disemak melalui laman web SPA:

http://www.spa.gov.my.

Setiap Hari Khamis (9.00 pagi hingga 12.00 tengahari) dengan membuat temu janji melalui talian (03) - 88856007.

Bagi persoalan atas sesuatu perkara yang spesifik, nasihat atau pertanyaan boleh dibuat secara bertulis atau melalui:

e-mail: http://www.spa.gov.my

 


34